Pages

Saturday, December 8, 2012

Pusat rawatan islam syifa al amin



PERSOALAN BERKAITAN TANGKAL

APAKAH HUKUM MEMAKAI TANGKAL?

Permasalahan tangkal adalah masalah yang telah lama bertapak dalam masyarakat Arab jahiliah awal hingga meresap masuk ke alam Melayu. Pengunaanya diterima pakai dan diamalkan oleh masyarakat dahulu hinggalah kepada masyarakat moden.

Memakai tangkal adalah sebahagian daripada kepercayaan masyarakat lama yang masih diamalkan dalam masyarakat Melatu. Ketika Rasulullah SAW mula menyebarkan Islam , mereka masih memakai tangkal.


Dalam hadit sahih yang diriwayatkan oleh Abu daud , Ibn Majah, Imam mahdi al-Hakim dan al-Baihaqi, Rasulullah SAW :

                         "Sesungguhnya jampi mantera (yang tidak Islamik) dan tangkal-tangkal serta ilmu pengasih adalah syirik"


Jelas dalam hadith di atas bahawa tangkal atau istilah asalnya tamimah atau tama'im adalah satu usaha manusia menggunakan benang, tali, atau sebagainya dan dipakai di pinggang, leher, tangan atau anggota-anggota lain dengan tujuan untuk menjadikannya sebagai pelindung.


Para ulama Islam bersepakat bahawa pemakai tangkal seperti ini HARAM dan boleh membawa kepada syirik atau dikategorikan sebagai berdosa besar. Berhubung dengan peringatan bahawa "tangkal hanya ikhtiar" , ungkapan tersebut mengelirukan kerana niat yang baik tidak boleh menghalalkan cara yang haram.


Saya umpamakan alasan ini sama seperti orang yang berniat hendak ke Makkah , tetapi dia mencuri wang untuk pergi ke makkah. Sudah tentu perbuatan itu menjadi haram walau niatnya baik.


Pemakain tamimah atau tangkal adalah haram dan berdosa besar kerana kita menjadikan tangkal sebagai penjaga daripada sesuatu yang tidak dingini.


Dalam Islam sudah jelas tiada sesuatu pun yang memberi manfaat atau mudarat melainkan kudrat dan iradat Allah SWT sahaja.


Tangkal tidak boleh menjaga manusia, Jika dibakar ia akan hangus, Digunting atau ditarik, nescaya akan putus. Hakikatnya ia tidak bernyawa , tidak bergerak. Sudah tentu ia tidak boleh menolong kita. Sekiranya anda beranggapan bahawa ia membantu, sebenarnya Allah SWT lah yang memeliharanya dan kebetulan pada masa yang sama dia memakai tangkal.


Sekiranya berlaku sesuatu yang amat ganjil kepada si pemakai tangkal dan ingin mengaitkan bahawa tangkal itu memberi kesan, ada kemungkinan tangkal itu didiami oleh makhluk halus yang jahat dan mengambil kesempatan untuk menyesatkan manusia dengan melakukan perkara-perkara yang aneh dan ganjil untuk meyakinkan manusia kepada keunikan tangkal.


Jika perkara ini berlaku, manusia telah terjebak ke dalam perangkap syaitan dan iblis yang sentiasa berusaha menyesatkan manusia daripada jalan Allah SWT dengan menggunakan tangkal sebagai satu wadah bagi menjayakan matlamat mereka untuk menyesatkan manusia.


Nasihat saya , jangan sesekali memakai tangkal. Berharap dan bermohonlah hanya kepada Allah SWT untuk berlindung diri daripada perkara yang tidak baik. Bacalah ayat-ayat yang dikenali sebagai al-Mu'awwidhat iaitu surah al-Ikhlas , al-Falaq dan al-Nas