Adakah ianya dibenarkan dalam Syariat Islam, Jika boleh
adakah ianya mendatangkan manfaat? Bersahabat dengan sesame manusia pun
terkadang wujud masalah, apatah lagi bersahabat dengan jin, yang sememangnya
berlainan kejadiannya.
Ada sebahagian orang yang tersesat
kerana pemikiran yang salah tentang jin, sehubungan dengan kewujudan, asal-usul,
perkahwinan, kemampuan, tempat tinggal mereka dan pelbagai masalah yang
bersifat khusus tentang Jin, Iblis,Ifrit dan Syaitan.
Pastinya
kita harus melihat dan menyedari pada beberapa hakikat nyata, iaitu:
·
Tidak ada tempat untuk
mendustakan kewujudan jin.
·
Jin diciptakan sebelum penciptaan manusia.
·
Jin berkahwin sesamanya dan beranak-pinak.
·
Jin meninggal dunia seperti manusia.
·
Jin menetap di rumah manusia, rumah kosong, bukit, gunung,
gaung, hutan, laut, tanjung, perkuburan, tempat-tempat sampah-sarap, tempat
najis dan jamban.
·
Jin tidak berada di tempat-tempat yang di dalamnya biasa
disebut nama Allah dan dibacakan Al-Quran.
·
Jin memiliki kemampuan untuk membentuk dirinya dalam
pelbagai bentuk.
·
Sebenarnya jin merupakan makhluk yang lemah.
·
Jin dibebani kewajipan (mukallaf) seperti manusia.
·
Setiap manusia memiliki pendamping daripada golongan jin.
·
Tujuan dan matlamat jin (syaitan) ialah menjerumuskan manusia
dalam kemuysrikan.
·
Jin merayau-rayau pada waktu maghrib.
CARA BERSAHABAT DENGAN
JIN
Bagaimanakah cara bersahabat dengan jin? Ada orang yang mengatakan, cara untuk
bersahabat dengan jin ialah melalui pertapaan 40 hari 40 malam tidak makan dan
tidak minum. Sebahagian lagi ada yang mengatakan naik ke puncak bukit ataupun
masuk ke minum. Sebahagian lagi ada yang mengatakan naik ke puncak bukit
ataupun masuk ke tengah hutan seorang diri sambil menyebut-nyebut nama jin. Ada pula yang
mengatakan dengan cara mem-bakar
kemenyan dan melalui upacara jampi serapah. Kesemua cara ini ada dilakukan
orang sama ada berjaya ataupun tidak.
Bagaimanapun Islam tidak membenarkan cara-cara tersebut,
kerana ia akan memesongkan akal fikiran manusia di samping tidak adamanfaatnya
sedikit pun. Lagi pun , jin itu sebenarnya yang lebih takut kepada manusia
berbanding takutnya manusia kepada jin sebahagian yang dijelas-kan olaeh Imam
Mujahid:
"Sesungguhnya jin-jin itu sama takut kepada manusia
sebahagian manusia itu takut kepada jin." Imam Harun bin Abdullah
Al-Bazzar pernah meriwayatkan suatu kisah yang dialami Abu Syura'ah,katanya:
"Pada suatu malam Syeikh Yahya bin Al-Jazzat melihat
aku sedang ketakutan, sehingga aku tidak berani memasuki lorong. Maka beliau
berkat, "Sesungguhnya sesuatu yang kamu takuti itu lebih takut kepada
mu." Ada
riwayat lain oleh Ishak bin Ibrahim dari Muhammad bin Jabir dan Hamad dari
Mujahid, katanya:
"Jin itu lebih takut kepada manusia berbanding takutmu
kepada jin. Oleh itu bila kamu diganggu jin, maka janglah kamu lai. Sebab bile
engkau lari ketakutan, maka jin itu akan menjadikan dirimu sebagai
kenderaan-nya."
Oleh itu jelaslah bahawa jin sebenarnya takut kepada
manusia. Untuk lebih jelasnya berikut adalah beberapa keterangan Al-Qur'an
berhubung dengan tanduknya jin kepada manusia.
"Dan kami telah tunduk-kan (kepada Sulaiman) segolongan
syaitan-syaitan yang menyelam (ke dasar laut) untuk mengerjakan perintahnya;
dan adalah Kami memelihara meraka itu." (Al-Anbiya':82)
"Dan dihimpunkan untuk Sulaiman terteranya dari jin,
manusia dan burung, lalu meraka itu berbaris dengan tertib.:" (An-Naml:7).
"Dan sebahagian dari jin ada yang bekerja di bawah
kekuasaan (Sulaiman) dengan izin Tuhannya. Dan sesiapa yang menyimpang di
antara mereka dari perintah Kami, Kami rasakan kepadanya azab neraka yang
apinya menyala-nyala. Jin-jin itu membuat untuk Sulaiman apa yang
dikehendakinya dari bangunan-bangunan yang tinggi dan patung-patung dan periuk
yang tetap (berada di atas bangku). Bekerjalah hai keluarga Daud untuk
bersyukur." (Saba: 12-13).
Setelah dibuka, ternyata isinya adalah jin yang terus
menyatakan taubatnya kepada Nabi Sulaiman yang menghukumnya.