Pages

Thursday, December 10, 2020

Pusat rawatan islam syifa al amin. SOLAT SUNNAT HAJAT JODOH

Solat sunat hajat  ada berapa solat hajat yang boleh di lakukan
Pertama .solat hajat rizki.solat hajat jodoh.solat hajat sembuh penyakit.solat hajat perkahwinan.solat hajat perniagaan.solat hajat musibah.dan lain lagi semua solat hajat tidak sama caranya semua itu berlainan bacaan dan bilangan rakaat nya seperti..
Solat hajat jodoh dilakukan 2 rakaat
Sebelum solat zikir dahulu
Pertama .lailahaillalah 100 kali .kedua subhanallah .alhamdulillah. walaila haillalah.allahuakbar 100 kli dan istirfar 100 kali serta  berdoa mohon hajat
Seleoas itu baru berdiri lakukan solat hajat 2 rakaat
Rakaat pertama. Niat saha aku solat hajat dua rakaat kerana allah ta ala
Dan baca al fatihah 1 kali serta ayat kursi 1 kali
Rakaat ke 2
Baca al fatihah 1 kali dan serta 3 kul 1x1 nyaitu  al iklas.al falaq.an nas .dalam sujut terakhir baca lailahailla anta subhanaka inni kuntominazholimin 11 kali serta bohon hajat selepas itu tahayat dan salam selepas solat 2 ralaat baca al fatihah  1 kali dan serta  baca  al iklas 3 kali al falaq 1 kali .an nas 1 kali ayatul kursi 1 kali serta doa ini dah selesai solat hajat berkaitan jodoh handahlah dilakukan  waktu tegah mlm 3 kali dlm 1 minggu

Saturday, December 8, 2012

Pusat rawatan islam syifa al amin



PERSOALAN BERKAITAN TANGKAL

APAKAH HUKUM MEMAKAI TANGKAL?

Permasalahan tangkal adalah masalah yang telah lama bertapak dalam masyarakat Arab jahiliah awal hingga meresap masuk ke alam Melayu. Pengunaanya diterima pakai dan diamalkan oleh masyarakat dahulu hinggalah kepada masyarakat moden.

Memakai tangkal adalah sebahagian daripada kepercayaan masyarakat lama yang masih diamalkan dalam masyarakat Melatu. Ketika Rasulullah SAW mula menyebarkan Islam , mereka masih memakai tangkal.


Dalam hadit sahih yang diriwayatkan oleh Abu daud , Ibn Majah, Imam mahdi al-Hakim dan al-Baihaqi, Rasulullah SAW :

                         "Sesungguhnya jampi mantera (yang tidak Islamik) dan tangkal-tangkal serta ilmu pengasih adalah syirik"


Jelas dalam hadith di atas bahawa tangkal atau istilah asalnya tamimah atau tama'im adalah satu usaha manusia menggunakan benang, tali, atau sebagainya dan dipakai di pinggang, leher, tangan atau anggota-anggota lain dengan tujuan untuk menjadikannya sebagai pelindung.


Para ulama Islam bersepakat bahawa pemakai tangkal seperti ini HARAM dan boleh membawa kepada syirik atau dikategorikan sebagai berdosa besar. Berhubung dengan peringatan bahawa "tangkal hanya ikhtiar" , ungkapan tersebut mengelirukan kerana niat yang baik tidak boleh menghalalkan cara yang haram.


Saya umpamakan alasan ini sama seperti orang yang berniat hendak ke Makkah , tetapi dia mencuri wang untuk pergi ke makkah. Sudah tentu perbuatan itu menjadi haram walau niatnya baik.


Pemakain tamimah atau tangkal adalah haram dan berdosa besar kerana kita menjadikan tangkal sebagai penjaga daripada sesuatu yang tidak dingini.


Dalam Islam sudah jelas tiada sesuatu pun yang memberi manfaat atau mudarat melainkan kudrat dan iradat Allah SWT sahaja.


Tangkal tidak boleh menjaga manusia, Jika dibakar ia akan hangus, Digunting atau ditarik, nescaya akan putus. Hakikatnya ia tidak bernyawa , tidak bergerak. Sudah tentu ia tidak boleh menolong kita. Sekiranya anda beranggapan bahawa ia membantu, sebenarnya Allah SWT lah yang memeliharanya dan kebetulan pada masa yang sama dia memakai tangkal.


Sekiranya berlaku sesuatu yang amat ganjil kepada si pemakai tangkal dan ingin mengaitkan bahawa tangkal itu memberi kesan, ada kemungkinan tangkal itu didiami oleh makhluk halus yang jahat dan mengambil kesempatan untuk menyesatkan manusia dengan melakukan perkara-perkara yang aneh dan ganjil untuk meyakinkan manusia kepada keunikan tangkal.


Jika perkara ini berlaku, manusia telah terjebak ke dalam perangkap syaitan dan iblis yang sentiasa berusaha menyesatkan manusia daripada jalan Allah SWT dengan menggunakan tangkal sebagai satu wadah bagi menjayakan matlamat mereka untuk menyesatkan manusia.


Nasihat saya , jangan sesekali memakai tangkal. Berharap dan bermohonlah hanya kepada Allah SWT untuk berlindung diri daripada perkara yang tidak baik. Bacalah ayat-ayat yang dikenali sebagai al-Mu'awwidhat iaitu surah al-Ikhlas , al-Falaq dan al-Nas

Saturday, March 24, 2012

BERSAHABAT DENGAN JIN


Adakah ianya dibenarkan dalam Syariat Islam, Jika boleh adakah ianya mendatangkan manfaat? Bersahabat dengan sesame manusia pun terkadang wujud masalah, apatah lagi bersahabat dengan jin, yang sememangnya berlainan kejadiannya.

Ada sebahagian orang yang tersesat kerana pemikiran yang salah tentang jin, sehubungan dengan kewujudan, asal-usul, perkahwinan, kemampuan, tempat tinggal mereka dan pelbagai masalah yang bersifat khusus tentang Jin, Iblis,Ifrit dan Syaitan.

Pastinya kita harus melihat dan menyedari pada beberapa hakikat nyata, iaitu:

·         Tidak ada tempat untuk  mendustakan kewujudan jin.
·         Jin diciptakan sebelum penciptaan manusia.
·         Jin berkahwin sesamanya dan beranak-pinak.
·         Jin meninggal dunia seperti manusia.
·         Jin menetap di rumah manusia, rumah kosong, bukit, gunung, gaung, hutan, laut, tanjung, perkuburan, tempat-tempat sampah-sarap, tempat najis dan jamban.
·         Jin tidak berada di tempat-tempat yang di dalamnya biasa disebut nama Allah dan dibacakan Al-Quran.
·         Jin memiliki kemampuan untuk membentuk dirinya dalam pelbagai bentuk.
·         Sebenarnya jin merupakan makhluk yang lemah.
·         Jin dibebani kewajipan (mukallaf) seperti manusia.
·         Setiap manusia memiliki pendamping daripada golongan jin.
·         Tujuan dan matlamat jin (syaitan) ialah menjerumuskan manusia dalam kemuysrikan.
·         Jin merayau-rayau pada waktu maghrib.

 
CARA BERSAHABAT DENGAN JIN

Bagaimanakah cara bersahabat dengan jin? Ada orang yang mengatakan, cara untuk bersahabat dengan jin ialah melalui pertapaan 40 hari 40 malam tidak makan dan tidak minum. Sebahagian lagi ada yang mengatakan naik ke puncak bukit ataupun masuk ke minum. Sebahagian lagi ada yang mengatakan naik ke puncak bukit ataupun masuk ke tengah hutan seorang diri sambil menyebut-nyebut nama jin. Ada pula yang mengatakan  dengan cara mem-bakar kemenyan dan melalui upacara jampi serapah. Kesemua cara ini ada dilakukan orang sama ada berjaya ataupun tidak.

Bagaimanapun Islam tidak membenarkan cara-cara tersebut, kerana ia akan memesongkan akal fikiran manusia di samping tidak adamanfaatnya sedikit pun. Lagi pun , jin itu sebenarnya yang lebih takut kepada manusia berbanding takutnya manusia kepada jin sebahagian yang dijelas-kan olaeh Imam Mujahid:

"Sesungguhnya jin-jin itu sama takut kepada manusia sebahagian manusia itu takut kepada jin." Imam Harun bin Abdullah Al-Bazzar pernah meriwayatkan suatu kisah yang dialami Abu Syura'ah,katanya:

"Pada suatu malam Syeikh Yahya bin Al-Jazzat melihat aku sedang ketakutan, sehingga aku tidak berani memasuki lorong. Maka beliau berkat, "Sesungguhnya sesuatu yang kamu takuti itu lebih takut kepada mu." Ada riwayat lain oleh Ishak bin Ibrahim dari Muhammad bin Jabir dan Hamad dari Mujahid, katanya:

"Jin itu lebih takut kepada manusia berbanding takutmu kepada jin. Oleh itu bila kamu diganggu jin, maka janglah kamu lai. Sebab bile engkau lari ketakutan, maka jin itu akan menjadikan dirimu sebagai kenderaan-nya."

Oleh itu jelaslah bahawa jin sebenarnya takut kepada manusia. Untuk lebih jelasnya berikut adalah beberapa keterangan Al-Qur'an berhubung dengan tanduknya jin kepada manusia.

"Dan kami telah tunduk-kan (kepada Sulaiman) segolongan syaitan-syaitan yang menyelam (ke dasar laut) untuk mengerjakan perintahnya; dan adalah Kami memelihara meraka itu." (Al-Anbiya':82)

"Dan dihimpunkan untuk Sulaiman terteranya dari jin, manusia dan burung, lalu meraka itu berbaris dengan tertib.:" (An-Naml:7).

"Dan sebahagian dari jin ada yang bekerja di bawah kekuasaan (Sulaiman) dengan izin Tuhannya. Dan sesiapa yang menyimpang di antara mereka dari perintah Kami, Kami rasakan kepadanya azab neraka yang apinya menyala-nyala. Jin-jin itu membuat untuk Sulaiman apa yang dikehendakinya dari bangunan-bangunan yang tinggi dan patung-patung dan periuk yang tetap (berada di atas bangku). Bekerjalah hai keluarga Daud untuk bersyukur." (Saba: 12-13).

Setelah dibuka, ternyata isinya adalah jin yang terus menyatakan taubatnya kepada Nabi Sulaiman yang menghukumnya.

Tuesday, December 13, 2011

Ruang pusat rawatan islam syifa al amin


Ruang menunggu Pusat Rawatan Islam Syifa Al Amin

Bilik Rawatan urutan tradisional, refleksiologi, bekam
dan rawatan ibu resdong

Bilik Rawatan Islam Syifa Al Amin
Bilik rawatan dan bilik kelas mengaji Al-Quran

DOA HINDARKAN DIRI DARIPADA TERKENA SIHIR/SANTAU/JIN/SAKA

AYAT-AYAT RUQYAH

 Sebelum aku sebutkan ayat2 ruqyah, terlebih dahulu mengatahui tata cara meruqyah, antara lain: Berwudhu terlebih dahulu kemudian membaca tawassul kepada rasulullah dan orang2 yang shaleh [para aulia]. Setelah itu letakkan tangan kanan kamu di atas kepala orang yang di ruqyah, apa bila yang di ruqyah itu wanita maka pakailah sarung tangan. kemudian baca ayat2 ruqyah dengan volume suara yang cukup di dengar olehnya.

Berikut susunan ayatnya:

1: Alfatihah
2: Albaqarah ayat 1-5.
3: Albaqarah ayat 102.
4: Albaqarah ayat 163-164.
5: Albaqarah ayat 255.
6: Albaqarah ayat 285-286.
7: Al-imran ayat 18-19.
8: Al-A'raf ayat 54-56.
9: Al-A'raf ayat 117-122.
10: Yunus ayat 81-82.
11: Thaha ayat 69.
12: Almu'minin ayat 115-118.
13: Ash shaffat ayat 1-10.
14: Al ahqaf ayat 29-32.
15: Arrahman ayat 33-36.
16: Al hasyr ayat 21-24.
17: Al jin ayat 1-9.
18: Al ikhlas.
19: Al falaq.
20: An naas.